Wednesday 18 July 2012

Forum Keindahan Bulan Islam (Rejab, Sya'ban, Ramadhan)

Alhamdulillah,pada 5hb Julai 2012 bersamaan 15hb Sya'ban 1433H yang lepas Kelab Pendidikan Islam SMK Sematan telah bekerjasama dengam Masjid Kampung Tanah Hitam Sematan berjaya mengadakan satu Forum Keindahan Bulan Islam (Rejab, Sya'ban, Ramadhan) Program bertujuan memberikan gambaran dan rasa ketakjuban dengan keindahan bulan-bulan Islam. Mengetahui peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Islam. Program bermula pada 5.00 petang dengan Bacaan Yasin, Tahlil, Solat Maghrib Berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan Seramai lebih kurang 100 orang pelajar dan orang kampung telah bersama-sama mengikuti program ini. Terima Kasih dan semoga mendapat manfaat daripada forum ini. Amin

Thursday 17 May 2012

KURSUS SEMBELIHAN 2012


Alhamdulillah dan tahniah kepada Pelajar Tingkatan 4SN1,4SN2,4SI1 yang berjaya mengajurkan kursus ini. harap tingkatan 3 tahun ini, naik ting. 4 tahun depan boleh anjur lahi kursus ini. kepada yang hadir tahniah dan terima kasih
"Bersama mengsupport program Pendidikan Islam"

Penceramah sedang pegang urat halkum ;)
Sesi Pendaftaran

Tokey Ayam, Bro. Arip

Belajar pegang ayam

Pelajar perempuan menyembelih

sama tak kami dgn ayam ini?hehehe

sesi cabut bulu ayam

mekaseh cikgu-cikgu yang hadir

kaki ayam buat sup

Monday 19 March 2012

SEMINAR JAKIM 2012 @ SMK Sematan












8hb Mac 2012, Sematan. Alhamdulillah satu program SEMINAR PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT SEKOLAH MEMENGAH SMK SEMATAN telah berjaya dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam, SMK Semtan dengan kerjasama JAKIM Sarawak.

Antara pengisian yang diadakan isitu sesi ceramah berkaitan dengan gejala sosial dikalangan remaja, pengaruh dan ancaman Black Metal, ceramah penyalahgunaan DADAH, dan sesi motivasi telah diadakan

Program bermula dari pagi dan berakhir pada pukul 1.40 petang. pelajar yang terlibat adalah pelajar Tingkatan 4 & 5 yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini.

Syukran Jazilan wa Barakallah Alaikum diucapkan kepada semua yang terlibat. AJK-AJK, Penceramah-Penceramah, Cikgu Suwadi (PK HEM), Cikgu Lily Liyana (Guru Kanan Kemanusiaan) dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

Semoga beroleh sesuatu dari penganjuran seminar ini. InsyaALLAH.AMIN

Monday 13 February 2012

Jangan Sambut Valentine Day!!!!!



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

MUFTI DAH KATA HARAM..NAK SAMBUT LAGI??? JANGAN.....

Keterangan/Hujah: 
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                                                             ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                       (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Terima Kasih Cikgu Thomas.


Kami Panitia Pendidikan Islam SMK Sematan, (Ustazah Siti Salamah, Ustazah Maslinda, Ustaz Mohd Ezuan) mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Pengetua Cikgu Thomas Huo Kok Sen diatas kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan oleh Cikgu dalam kami mengerakkan panitia Pendidikan Islam. Kerjasama dan bantuan serta tunjuk ajar daripada Cikgu amat kami hargai. Semoga perjalanan Cikgu sebagai seorang pendidik akan sentiasa memberikan cahaya kegembiraan kepada cikgu di sekolah yang baru. Terima Kasih Cikgu Thomas (Pengetua SMK Sematan: 2009 - Feb 2012)

Tuesday 31 January 2012







Salam Maulidur Rasul 1433H/2012M kepada semua.

"Bersama Hidupkan Sunnah Rasulullah SAW"

PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH

Pada 12hb Rabiul Awwal 1433H/05 Februari 2012M, Kontinjen SMK Sematan seramai lebih kurang 48 orang termasuk guru telah bersama menyertai perarakan Maulidur Rasul Peringkar Daerah Kecil Sematan. Terima Kasih yang telah hadir. (cikgu rashtoum, en. firdaus, ustazah siti salamah, cikgu yakup dan semua yg hadir) semoga kehadiran kita semua dapat mengingatkan kita kepada Junjungan Besar Nabi Muhmmad SAW. 





Friday 27 January 2012

Program 1: Khidmat Masyarakat Merapatkan Ukhuwah








Jumaat, 27hb Januari: Kpg. Tanah Hitam.
Seramai lebih kurang 30 orang daripada ahli Persatuan Kelab Pendidikan Islam, SMK Sematan telah menjalankan tugasan program pertama bagi tahun ini dengan memulakan Program Khidmat Masyarakat. Program gotong-royong membersihkan Masjid (Lama) Nurul Islam, Kpg Tanah Hitam telah dijalankan pada hari ini dengan kerjasama yang amat baik daripada semua ahli kelab. Tahniah diucapkan. Tidak terlupa, guru-guru yang telah hadir bersama (Ustazah Siti Salamah, Ustazah Maslinda, Ustaz Aznawi, Cikgu Mohd Ghazali) Syukran Jazilan. Begitu juga kepada Tuan Haji Bujang Bin Haji Kateng & AJK Masjid yang hadir dalam program yang merapakatkan ukhuwah ini. InsyaALLAH segala jasa dan pengorbanan yang diberikan akan dibalas dengan selayaknya oleh Allah Taala. Nantikan Program Khidmat Masyarakat 2...dimana? tunggu....amin...



Friday 13 January 2012

Kenangan 2011M/1432H






Buat permulaan, kami hidangkan kenangan program kami...InsyaALLAH