Wednesday 18 July 2012

Forum Keindahan Bulan Islam (Rejab, Sya'ban, Ramadhan)

Alhamdulillah,pada 5hb Julai 2012 bersamaan 15hb Sya'ban 1433H yang lepas Kelab Pendidikan Islam SMK Sematan telah bekerjasama dengam Masjid Kampung Tanah Hitam Sematan berjaya mengadakan satu Forum Keindahan Bulan Islam (Rejab, Sya'ban, Ramadhan) Program bertujuan memberikan gambaran dan rasa ketakjuban dengan keindahan bulan-bulan Islam. Mengetahui peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Islam. Program bermula pada 5.00 petang dengan Bacaan Yasin, Tahlil, Solat Maghrib Berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan Seramai lebih kurang 100 orang pelajar dan orang kampung telah bersama-sama mengikuti program ini. Terima Kasih dan semoga mendapat manfaat daripada forum ini. Amin